Kitab Safinah al-Shalah (سفينة الصلاة) adalah sebuah kitab fiqh ringkas mengenai tuntutan perlaksanaan ibadat solat
Kitab Safinah al-Shalah (سفينة الصلاة) adalah sebuah kitab fiqh ringkas mengenai tuntutan perlaksanaan ibadat solat
(سفينة الصلاة) Kitab Safinah al-Shalah (سفينة الصلاة) adalah sebuah kitab fiqh ringkas mengenai tuntutan perlaksanaan ibadat solat, merangkumi cara-cara bersuci dan kaedah-kaedah perlaksanaan solat menurut mazhab Imam al-Syafi'i. Kitab ini disusun oleh Syaikh Abdullah bin ‘Umar bin Yahya al-Hadhrami al-Syafi’i (1209-1265H/1794-1849M).
Mengenai sistematik isinya, kitab ini terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu;
a) Pendahuluan; mengandungi basmalah, hamdalah dan shalawat.
b) Isi kandungannya pula meliputi dua bahagia, iaitu;
i. Akidah (makna kalimat Syahadatain), yang menerangkan keimanan kepada Allah dan Nabi Muhammad saw.
ii. Perbahasan mengenai ibadat solat; iaitu syarat, rukun dan perkara yang membatalkan solat. Pembahasan mengenai solat merupakan kandungan utama kitab ini.
c) Penutup: mengandungi shalawat dan hamdallah.
Melihat keseluruhan isi kandungan kitab Safinah al-Shalah ini, tepatlah dikatakan ia adalah kitab fiqh. Kitab ini dianggap sebuah kitab yang berbentuk matan fiqh kerana ringkasnya huraiannya, tanpa disebutkan dalil-dalil dan permasalahan yang lebih luas yang berkaitan ibadat solat.
Di antara kitab yang dihasilkan sebagai huraian (syarah) bagi kitab Safinah al-Shalah, ialah;
a) Sullam al-Munajah Syarh Safinah al-Shalah (سلم المناجاة شرح سفينة الصلاة ) karya al- ‘Allamah Syaikh Abu ‘Abdul Mu’thiy, Muhammad Nawawi bin ‘Umar bin ‘Arabi bin ‘Ali al-Jawi al-Banteni al-Tanariy (1316H/1898M).
b) Syarh Safinah al-Shalah, karya Dr. Muhammad Abdul Rahman Syamilah al-Ahdal. Kitab setebal 204 halaman ini telah terbitkan dengan cetakan pertamanya pada tahun 1987/ 1408H oleh Maktabah al-Thalib al-Jami’i, Makkah.
Matan kitab Safinah al-Shalah ini boleh di Download / di muat turun di Download Kitab di sini Kitab dalam bentuk PDF ini berdasarkan terbitan Maktabah wa Mathba’ah Mustafa al-Babi al-Halabi wa Awladuh pada tahun 1843. Kitab Safinah al-Shalah ini dicetak bersama dengan kitab Safinah al-Naja, karya Syaikh Salim bin Abdullah bin Samir al-Khudhari al-Hadhrami (1855M). Kedua-dua kitab ini juga telah diterbitkan oleh Maktabat al-Hadyi al-Muhammadi, Kaherah, Mesir dengan cetakan pertamanya pada tahun 2015.
Semoga bermanfaat.